Saturday, 13 December 2014

Tempat Menarik di Jepun

BUNGA SAKURA DI JEPUN

Sakura merupakan bunga yang sangat dicintai dan dibanggakan oleh masyarakat Jepun. Ia menjadi simbol nasional bangsa ini. Para pejabat Pemerintah dan diplomat Jepun, misalnya, sering menggunakan lambang sakura sebagai "lapel pin" pada baju mereka. Bunga sakura juga menjadi moto yang muncul dalam berbagai kerajinan khas Jepun, misalnya pada kimono, yukata, kipas, cangkir, dan lain-lain.
Bunga sakura berwarna merah muda, sangat muda sehingga ia tampak agak putih dari kejauhan. Bunga ini mempunyai lima kelopak dan sangat kecil, sehingga susah untuk menikmati keindahannya secara individual. Keindahan sakura terletak pada jumlahnya bunga yang sangat banyak memenuhi batang pohon, dan mekar bersama.



Seperti bunga tulip, mekarnya sakura juga menandakan awal musim baru di Jepun. Di Tokyo terdapat beberapa tempat untuk melihat sakura pada awal musim baru. Antara yang paling popular adalah di sekeliling Istana Raja, Imperial Park, yang dikelilingi dengan danau buatan yang indah iaitu "Hanzo-bori".
Cabang-cabang pohon sakura yang sarat dengan bunga menjuntai dan menjulur ke atas air di tepi danau, menimbulkan bayang-bayang yang indah. Dari jendela kamar di Palace Hotel, pemandangan Imperial Park yang sangat indah pada musim sakura dapat dilihat. Di bawah-bawah pohon sakura biasanya muncul bunga-bunga kecil berwarna kuning yang menambah kecantikan suasana.
Tempat lain untuk melihat sakura adalah di "Taman Ueno", tidak jauh dari stadium kereta "Ueno". Di Imperial Park pengunjung tidak boleh  membentang tikar untuk berkelah dan makan, di "Ueno" hampir semua pengunjung datang untuk berkelah. Selain itu terdapat juga banyak kedai 7-Eleven atau kedai-kedai kecil di sekitar "Ueno" untuk membeli "o-bento" (makanan dalam kotak) untuk dibawa makan di "Ueno".



Hampir semua orang Jepun tidak melepaskan kesempatan setahun sekali berkelah di bawah naungan sakura. Orang Jepun menyebut kegiatan ini sebagai "hana-mi" (menonton bunga). Sekalipun bunga sakura sudah mulai mekar pada akhir Mei, biasanya pada minggu kedua April diadakan  festival sakura yang bererti tumpah-ruahnya masyarakat ke tempat-tempat bunga sakura.
Ada pula tradisi di kalangan para petani Jepun, iaitu melakukan upacara minum "sake" (arak nasi) di bawah naungan kanopi bunga sakura. Upacara ini diharap akan menghasilkan hasil tuaian yang baik pada tahun seterusnya. Orang Jepun juga percaya bahawa pohon sakura adalah pagar antara Tuhan dan manusia. Karana itu, melakukan "hana-mi" merupakan ritual keagamaan. Yang jelas, ketika menyaksikan keindahan sakura, orang tidak mungkin mengabaikan keagungan Tuhan.



Pada tahun 1912, kerajaan Tokyo menghadiahkan 3.000 pohon sakura kepada kerajaan Washington DC untuk ditanam di ibu kota Amerika Syarikat sebagai lambang persahabatan Amerika-Jepun. Orang Amerika menamakan sakura sebagai "cherry blossom". Pohon sakura ini kemudian ditanam di sepanjang sisi utara Sungai Potomac, khususnya di Taman Potomac, Barat.
Pada awal musim baru di Washington DC selalu diadakan perayaan Japanese Cherry Blossom. Tahun ini peringatan ke-40 (sejak diadakan perayaan yang pertama pada 1961) akan diadakan pada 31 Mei 2001. Selama sehari penuh diadakan "parade", "bazaar", dan berbagai acara kebudayaan lain. "Bazaar"  disebut 'Sakura Matsuri' diadakan di 12th Street, antara Constitution Avenue dan Pennsylvania Avenue.


Setelah menonton parade pada pagi hari, sekitar 50 ribu pengunjung akan membanjiri "bazaar"  yang kebiasaanya merupakan waktu membeli makanan dan di samping juga merupakan tempat diadakan berbagai atraksi seni-budaya. Selama musim bunga sakura, pengungjung yang datang di antara sekitar 700 ribu di Washington DC khusus untuk menikmati keindahan bunga-bunga sakura.



Pada 1968, Jepun menghadiahkan lagi 3800 batang pohon sakura kepada kota Washington DC. Lucunya, ketika beberapa taman sakura di Jepun terkena bencana banjir, para botanik Jepun telah datang ke Washington DC untuk mengambil pohon sakura jenis Yoshino yang memang khas itu. Sekarang, sakura tidak hanya tumbuh di Washington DC, tetapi telah tersebar ke berbagai negara selain Amerika Syarikat. Di Central Park, New York, juga banyak terdapat pohon sakura.

Penulisan ini dirujuk daripada google

Owl Cafe, Osaka. Main Burung Hantu Yang Jinak

Jepun memang ada banyak perkara pelik-pelik. Kali ini saya kongsikan tentang Owl Cafe atau Kafe Burung Hantu. Pelik bunyinya bila diterjemah kepada Bahasa Melayu.


Ada bayaran masuk dikenakan, iaitu sebanyak JPY1,000 seorang atau lebih kurang RM 30. Anda boleh bermain-main dengan burung hantu yang manja, besar dan comel ni. Bukan sahaja boleh main-main, nak dukung macam main dengan kucing pun boleh.

interesting places to visit in osaka 2

interesting places to visit in osaka 3
interesting places to visit in osaka
Burung-burung ini semua diikat pada tali, so tak boleh bawak larilah. Kat sini ada lebih kurang 15 ekor burung hantu, iaitu 6 ekor yang besar macam gambar pertama. Selebihnya kecil sikit. Hehe Sambil minum-minum sambil main burung hantu. Kalau tak nak makan pun tak apa. Ok je. Selain di Osaka, Owl Cafe theme cafe juga ada di Tokyo.

Sumber : http://travelog.my/owl-cafe-osaka-main-burung-hantu-yang-jinak/ 
June 1, 2014

Bamboo Forest, Jepun


Bamboo Forest, Jepun – Sagano Bamboo Forest terletak di Arashiyama, sebuah daerah di pinggir barat Kyoto, Jepun. Sagano Bamboo Forest adalah salah satu tempat pelancongan alam semula jadi yang paling menakjubkan di Jepun.

Screen Shot 2014-04-03 at 4.39.25 PM
Sagano-Bamboo







Salah satu fakta yang paling menarik tentang Sagano Bamboo Forest adalah saat angin berhembus, deret bambu di hutan ini kerap mengeluarkan suara seperti siulan. Sungguh indah! Hembusan angin yang bersahabat ini akan menciptakan suara alam yang merdu. Gemerisik dedaunan yang bergesekan dengan batang, ditambah dengan siulan angin yang datang dari sela batang akan membuai Anda. Sungguh mententeramkan hati.

Panggilan untuk ahli keluarga Jepun (Kazoku)


Konnichiwa... post kali ni nak share pengetahuan bahasa jepun mengenai keluarga, dalam bahasa jepun ---> kazoku [かぞく]... ditulis dengan tulisan hiragana... か-ka, ぞ-zo, く-ku... Seperti dalam bahasa melayu kita mempunyai panggilan seperti ayah, emak, adik, abang dan sebagainya... ada kelainan sedikit dalam bahasa jepun iaitu panggilan yang biasa(general) dan panggilan untuk menyatakan mengenai ahli keluarga sendiri...







Panggilan biasa (General) Ayah - Otousan [おとうさん] 

Emak - Okaasan [おかあさん]
 Adik lelaki - Otoutosan [おとうとさん]
 Adik perempuan - Imoutosan [いもうとさん] 
Kakak - Oneesan [おねえさん] 
Abang - Oniisan [おにいさん] 
Pak cik - Ojisan [おじさん] 
Mak cik - Obasan [おばさん] 
Nenek - Obaasan [おばあさん] 
Atuk - Ojiisan [おじいさん]
 Suami - Goshujin [ごしゅじん] 
Isteri - Okusan [おくさん] 
Anak lelaki - Musukosan [むすこさん] 
Anak perempuan - Ojousan [おじょうさん]


Panggilan untuk menyatakan tentang ahli keluarga sendiri

Ayah - chichi [ちち] 
Emak - haha [はは] 
Adik lelaki - Otouto [おとうと] 
Adik perempuan - Imouto 
[いもうと] Kakak - Ane [あね] 
Abang - Ani [あに] Pak cik - Oji 
[おじ] Mak cik - Oba [おば] 
Nenek - Sobo [そぼ]
 Atuk - Sofu [そふ] 
Suami - Otto [おっと] 
Isteri - Tsuma [つま] 
Anak lelaki - Musuko [むすこ] 
Anak perempuan - Musume [むすめ] ***

Panggilan seperti otousan, okaasan, oniisan (yang general) adalah panggilan kepada ahli keluarga.. Contoh~ Shin-chan bertanya khabar kepada ibunya ----> Okaasan, Ogenki desuka? Shin-chan panggil ibunya---> Okaasan bukan haha Senang cerita ini adalah panggilan untuk ahli keluarga... Panggilan seperti otouto, chichi, haha, oji dan sebagainya itu adalah menyatakan mengenai keluarga kepada orang lain... Contoh~ Shin-chan memperkenalkan ibunya kepada kawannya... Ini ibu saya ----> Kore wa watashi no haha desu. 

Shin-chan memperkenalkan ibunya kepada kawannya dengan menukar kata dengan perkataan--->haha... Yang ini pula untuk membicarakan mengenai ahli keluarga sendiri kepada orang lain... Hope boleh faham dengan penerangan ini.. kalau ade kesilapan tolong beritahu^^... Kalau de yg xfaham lagi boleh tanye... leh kongsi ilmu yang ada...



Penulisan ini dirujuk daripada http://themasterzul.blogspot.com/2011/06/bahasa-jepun-panggilan-untuk-ahli.html

12 SEBAB ORANG JEPUN KURANG OBES BERBANDING MASYARAKAT MALAYSIA

Memang diketahui umum bahawa kadar obesiti di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia (lebih 40% penduduk obes). Negara Jepun pulak mempunyai kadar obesiti paling rendah di kalangan negara membangun dunia dengan cuma 3%.
Jadi apabila saya dijemput oleh Yakult Malaysia untuk lawatan media ke Tokyo Jepun untuk belajar tentang hubungan probiotics dan kesihatan, saya juga gunakan waktu seminggu di sana untuk memerhati cara pemakanan dan gaya pemakanan orang Jepun. Jadi berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh dijadikan contoh kepada penduduk Malaysia.

1. Berbasikal. Memang ramai yang gunakan basikal di Jepun. Lagi-lagi untuk perjalanan jarak dekat. Ya, mungkin cuaca di Jepun lebih bicycle-friendly tapi yang penting di Jepun – ada laluan untuk basikal – ini faktor keselamatan.
2. Kurang pilihan – kafeteria syarikat Jepun sediakan hidangan “set” yang seimbang dengan adanya subsidi syarikat. Ini menggalakkan ramai untuk jimat wang dan makan makanan yang telah disusun oleh pakar nutrisi yang bekerja sepenuh masa. Kadeah ini juga digunakan di sekolah-sekolah di mana setiap sekolah ada seorang pakar nutrisi yang pastikan jadual pemakanan pelajar sentiasa terkawal.
3. Makanan set. Di mana-mana restoran, semua makanan dihidangkan sebagai set dan boleh dikatakan kebanyakan set memang seimbang dari segi porsi dan nutrisi.
4. Tak semua makanan Jepun sihat. Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang tinggi kalori. Tapi yang penting ia digabungkan dengan gaya hidup yang aktif.
5. Berjalan. Hasil gabungan kos pengangkutan yang tinggi dan sistem pengangkutan awam yang canggih dan selamat, kebanyakkan warga Jepun dipaksa berjalan dari stesen keretapi masing-masing. Ini bolehkan mereka tingkatkan pembakaran kalori dan seimbang gaya hidup.
6. Warga emas masih aktif. Kalau berjalan di Tokyo pada hari siang, memang ramai yang berumur dalam lingkungan 50an, 60an dan mungkin 70an. Mereka masih aktif dan berjalan tanpa bantuan. Sekali lagi faktor keselamatan memainkan peranan tapi ia juga faktor tradisi. Kalau di Malaysia, warga emas biasanya tidak digalakkan untuk berdikari dan terus aktif.
7. Selamat! Negara Jepun, termasuklah bandar Tokyo memang selamat. Ini membolehkan orang ramai jogging di sekitar bandar untuk bersenam pada waktu malam.
8. Teh hijau. Cara minuman teh hijau orang Jepun memang tidak berkalori (tidak dicampur gula) malah ia tinggi antioksida, bantu tingkatkan metabolisma badan. Kini pun ramai warga Malaysia yang suka minum teh hijau, termasuklah saya.
9. Segenggam tangan nasi. Walaupun bukan lah guna segenggam secara langsung, saiz mangkuk nasi untuk lelaki dan perempuan berbeza. Kenapa? Kerana saiz senggam seorang wanita biasanya lebih kecil berbanding purata lelaki.
0. Makanan laut yang tidak digoreng. Sushi dan shashimi memang terkenal sebagai makanan popular orang Jepun. Walaupun ia tetap berkalori, ia tidak digoreng dan kaya dengan protein, omega-3 dan lain-lain.
11. Disiplin. Antara aspek kehidupan bermasyarakat yang saya paling kagum adalah disiplin orang Jepun. Dari beratur di stesen keretapi, restoran mahupun di eskalator awam, budaya orang Jepun memang patuh kepada undang-undang dan mungkin ini juga membolehkan mereka ikut seruan dan garis-panduan pemakanan kerajaan (yang merupakan program kesederan seluruh negara)
12. Preventive. Daripada berdepan dengan suatu masalah seperti obesiti dan lain-lain, budaya Jepun fokus kepada mengelak atau preventive measures. Contoh pengambilan minuman probiotics seperti Yakult dijadijan amalan seharian untuk membaiki perlawasan, sistem pertahanan untuk kurangkan risiko penyakit yang berkenaan.” width=”510″ height=”382″ class=”size-large wp-image-9911″ /> Preventive. Daripada berdepan dengan suatu masalah seperti obesiti dan lain-lain, budaya Jepun fokus kepada mengelak atau preventive measures. Contoh pengambilan minuman probiotics seperti Yakult dijadijan amalan seharian untuk membaiki perlawasan, sistem pertahanan untuk kurangkan risiko penyakit yang berkenaan.
Penulisan ini dirujuk daripada http://kevinzahri.com/health-fitness/12-sebab-orang-jepun-kurang-obes-vs-malaysia

RAHSIA WANITA JEPUN CANTIK DAN SIHAT

RAHSIA WANITA JEPUN SIHAT DAN CANTIK




TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kedua, sajian makanan adalah kecil.

Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat, memasak secara sederhana.

Kelima, nasi menggantikan roti.

Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan yang dimaksudkan bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik dibuktikan, penyelidikan perubatan turut menyokong fakta ini

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.





Penulisan ini dirujuk dari https://ms-my.facebook.com/notes/kelab-wanita-sihat-dan-cantik/rahsia-wanita-jepun-sihat-dan-cantik/115257291830856

Ais Krim berperisa Makanan Laut di Jepun

Ais Krim Berperisa makanan laut di Jepun


Semua orang mesti suke makan ais krim kan. Kebanyakannya, kite semua lebih suka makan ais krim perisa coklat, vanilla, strawberi dan mint yang berangin tu kan. hehe.. Tapi yang peliknye kat Jepun ni, diorang suke makan ais krim yang berperisa makanan laut. huhu.. entah ape rasenye agaknye tu kan. hehe. Kalau berkesempatan suatu hari nanti, saya nak jugak pergi ke negara jepun dan merasai sendiri apa keistimewaan ais krim berperisa makanan laut kat jepun tu. hihi. klah kat sini ada beberapa video yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. ok. Enjoy ^_^










Bangsa Jepun berbangga dengan Bahasa mereka sendiri

Maju Dengan bahasa ibunda



Negara China, Korea dan Jepun sangat mementingkan bahasa mereka..Tiga negara ini menjadi peneraju ekonomi Asia. Rakyat negara mereka sangat mementingkan bahasa ibunda mereka. Sama ada dalam pekerjaan atau pembelajaran. Tetapi mereka tetap bijak dan negara mereka tetap maju menggunakan bahasa ibunda mereka.

Walaupun ada penggunaan bahasa Inggeris, tetapi penggunaannya tidaklah meluas dan menjadi syarat perlu untuk sektor pekerjaan dan pendidikan seperti di Malaysia. Malah mereka tak malu sebab tak tahu berbahasa inggeris.

Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara atau penghubung utama sesama manusia di dunia. Itulah kelebihan bahasa Inggeris. Tetapi bukan pengukur kepada kejayaan seseorang juga sesebuah negara.

Rahsia Kemajuan dan Kejayaan Orang Jepun juga mereka tidak malu untuk bercakap dengan bahasa mereka sendiri secara bangga.




Saturday, 6 December 2014

Sistem Pendidikan di Jepun




Entry pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang sistem pendidikan di Jepun ^_^

Di 
Jepunpendidikan adalah wajib di peringkat rendah dan menengah rendah. Kebanyakan pelajar menghadiri sekolah awam melalui peringkat menengah rendah, tetapi pendidikan swasta adalah popular di peringkat menengah dan universiti. Sistem pendidikan Jepun memainkan peranan penting dalam pemulihan Jepun dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam dekad yang berikut di akhir Perang Dunia II.

Selepas Perang Dunia Kedua, Undang-undang Asas Pendidikan dan Pendidikan Sekolah Undang-undang telah digubal pada tahun 1947 di bawah arahan daripada pasukan pendudukan. Undang-undang kedua ditakrifkan sistem sekolah yang masih berkuat kuasa hari ini: enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah, tiga tahun sekolah menengah, dua atau empat tahun dalam universiti.

Pendidikan sebelum sekolah rendah disediakan di tadika dan pusat penjagaan harian. Pusat jagaan awam dan swasta mengambil kanak-kanak dari umur di bawah satu sehingga lima tahun. Program-program untuk kanak-kanak berumur 3-5 menyerupai mereka di tadika. Pendekatan pendidikan di tadika amat berbeza dari persekitaran tidak berstruktur yang menekankan peranan ke persekitaran yang sangat berstruktur yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak untuk mendapatkan lulus peperiksaan masuk di sekolah rendah swasta.





Entry pada kali ini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang sistem pendidikan di Jepun. Rupa-rupanya banyak perbezaan sistem pendidikan di negara kita dengan negara Jepun. Mesti akan ada orang kata, " Jepun tuh lain, negara maju" atau " Orang Jepun kaya, boleh sumbang duit macam2" atau lain-lain alasan yang orang kita mungkin kata. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sesuatu dari sistem pendidikan diaorang. Antaranya: 

  1. Cikgu sekolah Jepun takde bawa rotan.
  2. Walaupun ada anak murid yang nakal, cikgu kat sana takde yang marah jerit-jerit atau cakap dengan suara yang kuat. Kebanyakkannya akan tanya anak murid yang nakal, apa akibatnya kalau dia buat camtuh. Jadi dengan sendirinya budak itu akan faham akibat dan ada tanggungjawab sendiri.
  3. Sekolah Jepun menitikberatkan peranan PIBG dengan sekolah. Ibu-bapa mainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, bukan tanggungjawab guru sahaja. Contohnya, PIBG sekolah Jepun akan adakan seminar, kelas macam-macam untuk rapatkan hubungan dengan guru dan anak-anak. 
  4. Ada network di antara ibu-bapa anak-anak yang sama kelas. Sebarang masalah boleh bincang dengan guru kelas.
  5. Guru kelas akan ajar semua subjek untuk kelas itu sahaja. Dengan cara ini, guru kelas akan kenal perangai anak muridnya satu persatu. Setiap tahun, guru kelas akan bertukar.
  6. Sistem sekolah Jepun menitikberatkan kebersihan. Basuh bilik air, lap koridor, sapu sampah keliling sekolah semuanya dilakukan oleh murid darjah 1 hingga 6. Murid tahap 6 akan ajar cara membersihkan bilik air pada murid darjah 1. Setiap 2 minggu, tugas akan bertukar. Setiap murid dapat pengalaman untuk bersihkan kawasan masing-masing.
  7. Ada buku perhubungan diantara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika kelas yang terakhir. 
  8. Anak-anak di ajar untuk tulis diari pada hari itu dan balik tunjuk pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya, ibu bapa tahu apa yang anak-anak belajar untuk hari itu




Enjoy u alls..^_^

Fakta tentang Negara Jepun yang Pelik tetapi Menarik

Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik Tetapi Menarik | 

Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.



1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.


2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.


3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.


4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.


5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.


6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.


7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.


8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.


9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.


10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!


11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.


12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!


13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.


14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.


15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.


16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.


17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.


18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.


19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

Penulisan ini diambil daripada Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik Tetapi Menarik - Fuh.My http://fuh.my/fakta-tentang-negara-jepun-yang-pelik-tetapi-menarik/