Sunday, 30 November 2014

Budaya Membongkok Masyarakat Jepun

BUDAYA MEMBONGKOK MASYARAKAT JEPUN


Seperti diketahui umum, masyarakat Jepun adalah masyarakat yang cukup lemah lembut dan sopan. Mengapakah hal demikiannya? Salah satu sebabnya adalah kerana mereka sangat sering membungkuk. Baik dari segi meminta maaf, berkenalan, berziarah di rumah orang, meminta kebenaran berbuat sesuatu, bahkan sehingga berbicara di telefon pun orang Jepun sering membungkuk sedikit (walhal orang yang berbicara dengannya tidak melihat dia).
Membungkuk (bahasa Jepun, ojigi) adalah suatu kemestian. Tradisi ini sudah dididik daripada peringkat kanak-kanak lagi. Mari kita lihat jenis-jenis membungkuk dalam masyarakat Jepun?

1. Mengangguk-angguk kepala, 5 Darjah:
Ianya hanya berupa anggukan kecil kepala anda. Cara anggukan ini lebih kebiasaannya digunakan semasa anda bertemu dengan teman-teman lama, jiran tetangga, atau keluarga terdekat. Juga, kalau anda orang yang berpangkat tinggi (seperti Perdana Menteri atau Boss Yakuza), anda juga biasanya mengangguk seperti ini kepada orang-orang yang membungkuk kepada anda. Ini seolah-olah bererti orang lain menghormati anda, anda cukup mengangguk saja untuk menerima penghormatan daripadanya.

jepun tunduk
                                                                                                                                         
2. Membungkuk Salam (Eshaku), 15 Darjah:
Cara membungkuk ini sedikit lebih formal. Ia digunakan untuk memberi salam kepada orang-orang yang sudah anda kenal di tempat kerja atau kepada orang-orang yang anda kenal tapi tidak terlalu rapat.

3. Membungkuk Hormat (Keirei), 30 Darjah:
Cara membungkuk ini adalah sangat formal. Ianya digunakan untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada boss di tempat kerja, kepada orang-orang yang jawatannya lebih tinggi atau kepada mereka yang jauh lebih berusia.

4. Membungkuk Hormat Tertinggi (Sai-keirei), 45 Darjah:
Ini adalah cara membungkuk yang sangat mendalam ertinya. Ianya adalah cara anda menunjukkan rasa bersalah anda yang sangat dalam. Ini adalah cara anda meminta maaf andaikata anda telah melakukan kesalahan besar. Atau ianya juga pada kebiasaan untuk memberikan hormat kepada orang-orang yang sangat tinggi jawatan dan status sosialnya, seperti Maharaja atau Maharani misalnya.

5. Membungkuk Berlutut:
Membungkuk cara ini adalah yang paling berat dan anda sangat jarang akan melihat orang membungkuk seperti ini di muka umum. Orang-orang Jepun akan berlutut seperti ini jika seseorang itu telah melakukan kesalahan-kesalahan yang sangat besar, seperti kesalahan yang mengakibatkan kematian orang lain. Ini juga cara orang-orang Jepun menghormati Maharaja atau pembesar-pembesar di zaman dahulu.
Pokoknya, semakin anda menghormati seseorang tersebut, semakin besar darjah kebungkukan anda. Hal ini juga bermaksud semakin besar perasaan bersalah anda kepada seseorang, juga semakin besar darjah kebungkukan anda. Tidak hairanlah orang ramai mengatakan bahawa masyarakat Jepun juga dikenali sebagai masyarakat yang paling kerap meminta maaf.

Meminta maaf bererti mengakui kekurangan diri sendiri, Hal ini sangat berlainan dengan masyarakat negara lain di mana mereka lebih cenderung untuk enggan meminta maaf sebelum terbukti siapa yang melakukan kesalahan. Tetapi di Jepun, kata “egoisme” tidak ada tempat untuk berkembang. Di Jepun, meminta maaf dianggap sebagai sebagai suatu kewajiban, meskipun belum tentu anda yang bersalah. Permintaan maaf menunjukkan kerelaan seseorang untuk bertanggungjawab dan menghindari sikap suka menyalahkan orang lain.

Tidak menghairankan juga ramai pemerintah tertinggi Jepun yang lebih rela mengundurkan diri daripada terus dibicarakan orang ramai walaupun belum terbukti mereka benar-benar bersalah, hanya dituduh melakukan rasuah tanpa penyiasatan belum dimulakan lagi untuk membuktikan mereka bersalah. Hal ini agak berlainan dengan negara-negara lain termasuk Malaysia

Budaya Membaca Masyarakat Jepun

BUDAYA MEMBACA

Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Malah ia akan bergantung kepada bangsa lain yang lebih berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.

Budaya membaca membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah ‘keupayaan seseorang untuk menggarap bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsir maksud’.

Amalan membaca boleh dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang. Ini kerana perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Masyarakat yang suka membaca mampu melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan negara tersebut.

Islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbukti kelahiran ramai tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Razi, Al-Haitham, Al-Khindi, Ibnu Biruni dan pelbagai lagi. Kesemua tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru. 

Ketika Barat berada di Zaman Kegelapan, perbezaan antara dunia Islam dan Barat boleh dikiaskan seperti langit dan bumi. Victor Robinson membuat perbandingan ini dalam The Story of Medicine(The New Home Library, New York, 1943) dengan berkata, ‘Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar.’ Inilah buktinya bangsa yang suka membaca tercegat menjadi bangsa yang berjaya.

Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat Jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana daripada budaya membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga bersaing dengan dunia luar.

Walau bagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden dan canggih hari ini telah menjadikan amalan membaca bahan-bahan yang tidak sepatutnya. Budaya ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek ilmu pengetahuan. Jenis bahan bacaan yang boleh dikategorikan sebagai ‘lucah’ atau tidak sopan ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama. Bagi sesetengah bahan bacaan ini, memaparkan gambar wanita mendedahkan tubuh badan dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai pelaris jualan. Disebabkan remaja sering disogokkan dengan bahan sedemikian, golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.



MENARIK DI JEPUN

Sejarah telah mencatatkan bahawa negara Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jerman adalah antara negara dan bangsa yang maju kerana masyarakatnya sudah membina budaya literasi. Kerana itu, amat wajar bila negara-negara tersebut maju dalam segala bidang, jauh mengalahkan negara-negara lain. Selain menguasai perekonomian dunia, negara-negara tersebut juga dikenali menguasai bidang teknologi. Geliat kehidupan masyarakatnya juga begitu dinamik, di samping memiliki tingkat kedispilinan yang tinggi. Dalam erti lain, budaya literasi memiliki peranan yang begitu penting dalam membangunkan kemajuan sesebuah masyarakat dan negara. 

Dengan membacalah kita menjadi tahu dan faham, sekaligus memperoleh wawasan mahupun pengetahuan baru tentang pelbagai perkara yang menyebabkan kita termotivasi untuk terus melakukan perubahan. Bukti tersebut dapat dilihat pada Jepun, sebuah negara yang hancur lebur dalam Perang Dunia Kedua akibat dibom atom oleh Tentera Sekutu. Jepun kemudiannya berupaya bangkit dan mengutamakan pendidikan bangsanya, dengan mengirim mereka ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Hasilnya Jepun berjaya membangunkan kembali negaranya dari kehancuran. 

Kini, pelbagai teknologi mampu dibuat oleh masyarakat Jepun. Bahkan, Amerika Syarikat yang selama ini menjadi adikuasa di segala bidang, dalam banyak hal mulai mengakui kehebatan Jepun. Dan kejayaan Jepun menguasai ‘dunia’ tidak lain kerana budaya literasi yang telah disuburkan sejak awal. Tidak mungkin Jepun mampu menghasilkan ramai ilmuwan dengan penemuan-penemuan mutakhirnya dalam berbagai bidang, jika budaya literasi di Negara Matahari Terbit itu tidak terbina. Justeru itu juga di Jepun kita tidak mungkin akan menemui ahli masyarakatnya yang buta huruf. Mereka bahkan dikenali sebagai masyarakat yang suka membaca, walau di mana mereka berada. 

Lantaran suka membaca juga, media cetak di sana tumbuh begitu pesat. Bahkan, jumlah pengedaran akhbar-akhbar di Jepun mengatasi jumlah pengedaran akhbar di seluruh dunia. MenurutCakram Fokus edisi April 2006, dari 10 akhbar terbesar di dunia, dari urutan satu hingga lima dikuasai pengedaran akhbar-akhbar Jepun. Tempat pertama dipegang oleh akhbar Yomiuri Shimbun dengan jumlah pengedaran 14 juta naskhah sehari. Kedua, akhbar The Asahi Shimbun dengan jumlah pengedaran 12 juta naskhah sehari. Ketiga, akhbar Mainchi Shimbun dengan jumlah pengedaran 5.5 juta naskhah sehari. Keempat, akhbar Nihon Keizai Shimbun dengan jumlah pengedaran 4.6 juta naskhah sehari dan kelima, akhbarChunichi Shimbun dengan 4.5 juta naskhah sehari. 

Di samping itu, umumnya akhbar di Jepun terbit dua kali sehari, pagi dan petang. Jika dikira, dalam sehari, satu orang di Jepun membaca empat akhbar yang berbeza. Bayangkan! Betapa tingginya daya baca orang-orang Jepun.

Singapura yang saiz negaranya jauh lebih kecil dari Malaysia juga memiliki semangat yang sama dengan Jepun. Perekonomian, pendidikan, mahupun budaya membaca masyarakatnya melebihi negara-negara di Asia Tenggara. Dengan jumlah penduduk sekitar 4.5 juta, terdapat tujuh suratkhabar dengan jumlah pengedaran mencapai 1 juta naskhah per hari. 


Apabila kita masuk ke dalam kedai buku di negara Jepun, ada beberapa perkara yang akan menarik perhatian kita. Antaranya ialah saiz buku seperti novel, bacaan umum dan ilmiah dicetak dalam ukuran saiz saku supaya mudah dibawa ke sana sini. Pelbagai lapisan orang tidak kira tua muda lelaki wanita membanjiri setiap sudut kedai buku.



Pemandangan orang membaca buku tidak kira di mana sahaja merupakan satu perkara biasa di negara Jepun. Walaupun berada di taman bunga, bas, kommuter, kereta dan sebagainya orang Jepun tidak segan untuk membaca apa jenis bahan bacaan termasuk buku komik. Mungkin ramai yang terfikir bahawa koleksi buku bahasa Inggeris banyak terdapat di kedai-kedai buku di negara Jepun. Minta maaf, itu satu andaian yang tidak berapa tepat kerana amat sukar untuk menemui buku bahasa Inggeris di kedai buku biasa melainkan kedai buku Kinokuniya.



Buku-buku hasil karya pengarang terkemuka dunia diterjemahkan kepada bahasa Jepun oleh penerbit Jepun dalam kadar yang amat pantas. Peminat buku tidak perlu menunggu sehingga beberapa bulan untuk menikmati buku-buku bahasa asing yang paling laris di pasaran. Buku-buku terjemahan ini membolehkan semua golongan dan lapisan masyarakat membaca buku-buku ini tanpa menguasai bahasa asing. Malahan sukar untuk mencari buku-buku bahasa Inggeris di perpustakaan Pusat Pengajian Tinggi kerana kebanyakkan buku Ilmiah sudah diterjemahkan dalam bahasa Jepun.



Media elektronik juga memberikan sokongan kepada industri buku dengan menerbitkan program yang bertajuk ‘Hon-Ya no Seki-Guchi’ yang bermakna ‘Kaunter kedai buku’. Program ini memberi manafaat kepada penerbit buku untuk mempromosikan buku-buku terbaru mereka dan lazimnya seorang ikon masyarakat ( artis, penyanyi, pelawak, ahli sukan, tokoh masyarakat dan sebagainya) akan dijemput sebagai tetamu program untuk membuat ulasan mengenai isi sesuatu buku. Kemudian artis lain yang hadir dalam program tersebut diminta membeli buku itu berdasarkan kepada ulasan yang telah diberikan.



Apa yang menarik ialah isi buku yang diulas dijadikan sebagai bahan visual untuk tontonan di skrin televisyen. Masyarakat dapat memahami isi buku dengan lebih baik apabila melihatnya secara visual. Orang ramai yang berminat dengan buku tersebut bolehlah memesan melalui telefon. Ini sebenarnya membantu orang ramai yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian untuk membeli buku tanpa berkunjung ke kedai buku.

Kendatipun begitu, di negara kita, pada masa ini kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di kalangan masyarakat. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melahirkan masyarakat yang suka membaca. Untuk membudayakan amalan membaca, semua pihak termasuk kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca dalam kehidupan seharian. Serapkanlah budaya membaca masyarakat Jepun dan Eropah ke dalam masyarakat kita agar kita mampu menjadi bangsa yang berjaya.

Konklusinya, ‘bangsa membaca bangsa berjaya’ adalah sebuah frasa yang jitu. Hakikatnya, pembentukan bangsa yang hebat bermula dengan ilmu serta kefahaman. Menggunakan ungkapan lain ia bermaksud kesemuanya bermula dengan minda cemerlang yang lahir dari budaya membaca. Dalam Al-Jamik li Ahkam Al-Quran,Imam Qartubi meriwayatkan, ‘Imam Sufyan bin Uyainah pernah ditanya tentang kelebihan ilmu dan beliau menjawab, ‘Apakah kamu tidak mendengar kalam Allah (iaitu ayat 19 surah Muhammad) yang bermula dengan; ‘Ketahuilah, sekali gus menunjukkan Allah mahu kita menguasai ilmu terlebih dahulu sebelum beramal? Olahan yang sama Allah s.w.t gunakan dalam surah al-Hadid ayat 20, dan surah al-Anfal ayat 28 dan 41.’ Justeru, membaca yang mampu melahirkan minda cemerlang merupakan pintu gerbang kepada segala kehebatan dan kejayaan.











Sunday, 9 November 2014

Pakaian Tradisi Masyarakat Jepun


Pakaian Tradisi Jepun ??


Bile Sebut tentang pakaian tradisi Jepun, mesti teringat kimono kan?
Macam kat Malaysia, kalau sebut pakaian tradisi, bagi yang Melayu perempuan mestilah baju kurung. Bagi yang Lelaki pula baju Melayu.

Bagi Jepun Kimono.

Kimono adalah pakaian tradisi masyarakat Jepun. Sebelum wujudnya kimono, masyarakat Jepun memakai KOSODE iaitu baju bertangan kecil. Ia dipakai sebagai undergarment pada zaman Nara (710-794).

Tetapi pada pertengahan kurun ke-16, kosode dipakai sebagai OUTER GARMENT (baju di sebelah luar)

Pada kurun ke-18, barulah KIMONO terkenal dalam masyarakat Jepun.




Kosode Kimono

Potongan garisan lurus Kimono dikatakan terdapat banyak kelebihan.

1. Mudah dilipat dan juga boleh dipakai mengikut kesesuaian cuaca.
2. Kimono boleh dipakai berlapis-lapis supaya sesuai dengan musim sejuk
3. Kimono dibuat dengan kain mesra dan sesuai pada musim panas.
4. Kelebihan ini menolong Kimono menjadi pakaian yang popular di Jepun sehingga hari ini.


Tahukah anda bahawa sepanjang masa ini, amalan Kimono dianggap meletihkan kerana FESYEN BERLAPIS-LAPIS.

Orang Jepun mula menumpukan perhatian untuk memikirkan bagaimana caranya perbezaan warna dapat digabungkan bersama dan bermula satu kemajuan yang baik apabila mereka mula peka kepada warna.


PENTING!!

Biasanya gabungan-gabungan warna diwakili sama ada warnanya mengikut musim-musim atau kelas politik.


Sebagaimana yang diketahui semasa ini,gabungan-gabungan warna adalah dianggap warisan tradisional di Jepun.



PAKAIAN KIMONO MENGIKUT ZAMAN

1. Semasa tempoh Kamakura (1192-1338) dan tempoh Muromachi (1338-1573), lelaki dan wanita kedua-duanya dipakai dengan kimono yang berwarna terang dan jelas. Para samurai pula berpakaian dengan warna-warna mengikut cara warna pemimpin mereka dan kadangkala warna yang agak garang diperlukan dan dipakai dalam medan pertempuran juga seolah-olah sebagai pertunjukan fesyen.


2. Sepanjang tempoh Edo(1603-1868), pahlawan kaum Tokugawa telah memerintah Jepun. Negara telah dibahagikan ke dalam "domain" feudal yang diperintah oleh pemerintah ketika itu. Samurai dalam setiap bidang dikenalpasti melalui warna-warna dan corak mereka iaitu seperti "pakaian seragam".

Mereka mengandungi 3 tiga bahagian iaitu:
1. Kimono Jepun (satu pakaian tanpa lengan yang dikenali sebagai Kamishimo)
2. Hakama (Satu seluar panjang seperti skirt pemisahan)

Kamishimo telah diperbuat pakaian dalam, berkanji "make the shoulders stand out". Pembuatan pakaian Kimono dianggap satu bentuk seni. Kimono menjadi satu pakaian yang semakin berharga dan ibu bapa atau pun sesebuah  keluarga akan memberi kimono kepada anak-anak sebagai satu pakaian pusaka. 

Kimono Teddy
3. Tempoh Meiji (1868-1912), Jepun mula memperkenalkan budaya asing. Kerajaan mula mendorong orang agar menerima barat juga pakaian. Pegawai kerajaan dan kakitangan tentera dikehendaki oleh undang-undang dan memakai pakaian barat unuk majlis-majlis rasmi. Untuk warganegara biasa, kimono-kimono akan dipakai dalam peristiwa formal dan adalah diperlukan menggunakan pakaian dihiasi dengan lambang keluarga pemakai, yang dikenalpastikan sebagai latar belakang.


Kini, jarang sekali orang Jepun memakai Kimono sebagai pakaian harian mereka. Mereka kan menyimpannya dan akan menggunakannya apabila ada upacara seperti perkahwinan, upacara teh atau festival khas lain seperti perayaan-perayaan bermusim.



PENGGUNAAN KIMONO DALAM PERISTIWA PENTING

Terdapat pelbagai Jenis bagi Pakaian-pakaian kimono untuk perempuan. Apabila membayar untuk perempuan. Apabila membayar untuk melawat ke tempat-tempat yang formal, wanita akan memakai homongi ("Kimono Pelawat"), yang ditutup keseluruhan oleh rekaan pola, Tsukesage (taburan dengan hiasan corak-corak di bahagian atas permukaan depan dan belakang "hemlines" ditemukan di atas 'shoulders', dan corak-corak di lengan baju yang dipenuhi rekaan) adalah untuk parti, upacara-upacara teh, penyusunan bunga dan perkahwinan rakan-rakan.



PERAYAAN TAHUN BARU


Perayaan ini disambut dari 1 hingga 3 Januari setiap tahun. Sejak 29 Disember lagi, pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat kerajaan dan swasta ditutup. Kebanyakan penduduk kota akan kembali ke kampung halaman masing-masmg. Rumah-rumah dibersih dan dihias sebagai melambangkan semangat baru.Ada juga rumah-rumah yang dihias dengan pokok pain dan buluh sebagai lambang keabadian.

Semasa malam tahun baru, semua ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Pada waktu tengah malam, kuil-kuil Buddha membunyikan loceng 108 kali untuk menghalau semangat jahat. Pada keesokan hari, ramai orang berkunjung ke kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto untuk berdoa agar mendapat kesejahteraan hidup. Di rumah, masyarakat Jepun menikmati makanan tradisional iaitu ozoni dan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan. Kanak-kanak pula menerima sampul surat berisi wang yang dinamakan otoshi-dama.



Kodomo-no-Hi (Hari kanak-kanak)

Kodomo-no-Hi merupakan perayaan tradisional Jepun. la disambut pada 5 Mei setiap tahun untuk meraikan proses pembesaran kanak-kanak. Perayaan ini menunjukkan bahawa orang-orang Jepun menitikberatkan kanak-kanak. Perkara ini berlawanan dengan orang-orang Barat yang lebih memberi tumpuan kepada golongan dewasa. Selain dari hari kanak-kanak, orang-orang Jepun juga merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Hina-Matsuri (Perayaan A nak Patting)

Perayaan ini disambut pada 3 Mac untuk menandakan kegembiraan bagi kanak- kanak perempuan. Pada hari perayaan, masyarakat Jepun menghiaskan rumah mereka dengan anak patung dan menyediakan makanan-makanan istimewa. Pada masa ini, pokok pic biasanya akan berbuah. Oleh itu, perayaan ini juga dikenali sebagai 'perayaan pokok pic' (Peach Festival). Hina-Matsuri menunjukkan bahawa orang-orang Jepun mendidik anak-anak perempuan agar menyedari peranan mereka kelak sebagai isteri dan ibu yang baik.

Setsubun

Perayaan ini disambut sehari sebelum hari pertama musim bunga. Selalunya perayaan ini jatuh pada 3 atau 4 Februari. Orang-orang Jepun membuang sejenis kacang (parched beans) di sekitar rumah mereka untuk membuang sial dan membawa kesejahteraan kepada ahli keluarga. Setsubun juga dirayakan di kuil- kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto.


Hana-mi

Pada akhir Mac dan awal April, pokok ceri berbunga. Pada masa inilah, masyarakat Jepun merayakan hana-mi dengan mengadakan parti dan perkelahan di bawah pokok ceri untuk menyambut kedatangan musim bunga.




















Friday, 7 November 2014

Budaya Kerja Masyarakat Jepun



Lalalalalaaaa


Salah satu sifat orang Jepun yang amat saya kagumi ialah mereka sangat teliti dalam melakukan setiap pekerjaan >_<



Berurusan dengan orang jepun tidak semudah berurusan dengan orang China. Hal ini demikian kerana mereka amat teliti dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.



Orang Jepun selalunya memulakan perundingan dengan membincangkan perkara yang tidak ada kaitan dengan perkara utama yang ingin dibincangkan.






Macam kite ^_^: 


Tapi Diorang BAGUS    >_<

Sebelum wat discussion :

1. Borak dulu atau bergosip sebelum memulakan discussion (biasanya perempuan) ..
2. Selfie (HAHA)
3. Makan dulu (kononnya untuk dapat ilham)
4. Last2 .. discussion entah ke mana ( ^_^) ngeee..






Kadangkala mereka dengan sengaja tidak mahu berterus terang dalam memberikan jawapan kepada tawaran yang dibuat oleh ahli perniagaan yang berurusan dengannya.

Orang Jepun mempunyai cara yang halus bagi menolak sesuatu urus niaga. Jika boleh mereka tidak mahu melukakan hati orang yang berurusan dengannya...BAIK kan. Tetapi jika hati mereka yang terluka, jangan harap dapat berurusan dengannya lagi.




PERKARA PENTING tentang Masyarakat JEPUN :

1. Merupakan sebahagian daripada cara orang JEPUN menunjukkan reaksinya pada pandangan dan pendapat yang tidak dipersetujui bagi menjaga keharmonian serta mengelakkan perselisihan faham.

2. Mereka percaya urus niaga yang tidak BERJAYA tidak BERMAKNA mereka tidak BOLEH menjalin hubungan persahabatan.

3. Urusan rasmi tidak sepatutnya dicampuradukkan dengn urusan peribadi.

4. Mereka tidak mudah disogok dengan hiburan meskipun mereka sukakan hiburan.

5. Boleh membezakan pemberian peribadi dengan tanggungjawab pada organisasi.

6. Orang Jepun sangat teliti dan tidak suka terburu-buru ^_^

7. Setiap keputusan besar atau kecil dianggap sangat penting !

8. Mereka tidak suka mendesak dan didesak sewaku menjalankan urus niaga.




Etika Orang Jepun bekerja


Kesimpulannya, bukan mudah untuk berurusan dengan orang Jepun. Hal ini kerana mereka tersangatlah teliti. Mereka juga amat mementingkan kualiti. Oleh hal yang demikian, sikap seperti ini amat penting untuk dicontohi rakyat MALAYSIA. 



Thursday, 6 November 2014

Budaya Makan Masyarakat Jepun



apa itu Bento???

Bento atau  makanan  orang Jepun sangat unik kerana ianya kerana dihias cantk dan seimbang. Ada salad (sayuran), ada karbohidrat (nasi/roti), ada protein (ayam/daging) dan ada buah-buahan.

Kepada kawan-kawan yang suke tengok cerita JEPUN, cuba perhatikan budaya mereka. Pada pendapat saya, ada budaya Jepun dan adat mereka yang baik untuk ditiru. Contohnya, budaya bawa bento (bekal) ke sekolah atau ke tempat kerja.




Sejarah Bento ^_^


Sejak tahun 1568-1600an orang di Jepun mula mengenali gaya hidup memakan santapan di luar rumah. Makanan yang dibawa tersebut diletakkan dalam kotak kayu. Bento juga mula dikenal sebagai kebiasaan makanan praktis yang dilakukan dalam upacara minum teh atau dekenal sebagai HANAMI.

Pada zaman Edo pula, di tahun 1600-1800an, kebudayaan Bento semakin meluas dalam kalangan rakyat Jepun. Pada zaman tersebut, orang JEPUN yang ingin keluar rumah akan mmbawa Bento yang diletakkan di pinggang mereka. Bento yang diletakkan di pinggang disebut sebagai KOSHIKOBENTO. Kebiasaannya, koshikobento berisi onigiri (daun bambu, atau nasi di dalam kemasan kotak beranyam dari bambu yang diikatkan di pinggang).


Pada tahun 1912-1926, Perang Dunia 1 telah mengadakan Gerakan Sosial mengehentikan pembawaan Bento ke sekolah kerana dianggap sebagai pameran bagi orang kaya yang mampu membawa bekalan ke sekolah. Hal ini secara tidak langsung telah menampakkan perbezaan antar golongan kaya dan miskin. Setelah Perang Dunia ke II, pembawaan Bento ke sekolah beransur-ansur HILANG kerana kebanyakan sekola pada masa itu telah banyak menyediakan makan siang.

Pada tahun 1980an Bento kembali terkenal setelah dikenal kemasan kotak plastik polistirena yang sekali pakai, oven microwave,

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH ^_^

Jimat
Dijamin Bersih dan halal (In Sha Allah)

Jimat masa (Tak perlu susah2 nak keluar pergi cari restoran atau beli makanan kat luar)

Dijamin sihat dan seimbang

Berkat (air tangan mak kite tuu ^_^)

*Bagi suami (Tak de can nak main mata ngan aweq2 lain kat lua, dudok office makan bekal isteri buat) oopss..hehe :p

Di Malaysia, budaya bawa bento juga sering diamalkan, seingat saya, saya sering membawa bekal ke sekolah. Ibu saye selalu pesan, berjimat-cermat dalam berbelanja. Duit tu simpan untuk keperluan belajar masa hadapan. huhu.,. ^_^..Saya rase mase sekolah rendah dulu, amalan bawa bekal ke sekolah ni dah jadi satu tradisi kan. yela...dulu

1. Sebelum balek sekolah, janji dengan kawan-kawan, "Esok pegi sekolah kite bawak bekal makan rehat same2 ye..nanti awak balek jangan lupe beritahu mak awak".. ^_^  kebiasaannya budak perempuan, budak lelaki ni jarang..hehe 

2. Balek rumah je..sebelum tido pesan kat mak, "Ibu, nanti bawakkan adek bekal ea sebelum pegi sekolah esok. Adek da janji ngan kawan nak makan same2 mase rehat nanti. 

3. Esok pagi mulela ibu2 kite bangun awal pagi semata2 nak siapkan bekal untuk kesayangan. Kalau terlupe sediakan merajuk, tak nak pegi sekolah. (hehe..macam saye je) 

4. Datang sekolah, bukan maen seronok nak tunggu waktu rehat. Bunyi loceng je berlari2 turon ke kantin .. Ada yang cop tempat la.. kawan yang lain pegi basuh tangan.., lepas tu gilir2..(semata-mata nak makan bekal yang diorang bawak dari rumah ..huhu ^_^

Macam2 gelagat mase sekolah rendah bile ingat balek..hehe..Tapi tu lah dia penangan budaya bawa bekal pegi sekolah mase sekolah rendah. Ada jugak yang bawak bekal pegi sekolah ni sebab mengadu kat mak diorang yang makanan kat kantin sekolah tu tak sedap. Mahal la. Macam-macam hal kan..