Thursday, 4 December 2014

Anime di Jepun


Anime ^_^


Apa itu Anime? ..Bagi yang first time dengar perkataan anime atau pun yang sedie maklum tentang  maksud anime..Tapi xberape jelas..Mari saya kongsikan maksud anime itu sendiri menurut beberapa pembacaan yang telah saya lakukan. (Harap pembaca-pembaca sekalian enjoy dengan entry saya kali ini ye >_<..

Anime merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak. Perkataan Anime dijadikan melalui perkataan inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membacakan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" dari perkataan pinjaman bahasa inggeris, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepun hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang. 


Mungkin ramai yang tidak tahu, Kampung Boy merupakan siri animasi yang terbaik di dunia. Ha, terkejut kan? Malah, animasi hasil idea daripada Datuk Lat ini telah dialih hingga sebanyak 60 bahasa! Animasi ini juga dikatakan menyamai animasi lagenda daripada Amerika Syarikat, The Simpsons. Baik, cerita yang ingin saya sentuh di sini adalah berkaitan animasi, tapi bukan Kampung Boy, tetapi animasi daripada Jepun yang paling berpengaruh di Malaysia. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Nak tahu apa dia anime tersebut? Jom layan. 

7 Animasi Jepun yang Paling Berpengaruh



1. Doremon Ranking 1st# >_<





Siapa yang kata dia tidak pernah menonton anime ini, memang dia menipu diri sendiri. Anime wajib tengok ini telah ditayangkan sebelum saya lahir lagi, malah sehingga kini masih ditayang di kaca TV. Berpuluh-puluh filem sudah dihasilkan, beratus-ratus episod sudah ditayangkan, entah berapa kali sudah, kartun ini ditayang kembali di Malaysia. Inilah kartun jepun bagi saya yang cukup memberi kesan terhadap Malaysia. Bawalah apa sahaja anime lain, yang pasti telatah Doraemon, Nobita, dan kawan-kawannya pasti tidak akan dilupakan. ^_^






Hilangkan stress anda ... jom layan doremon jap ..hehe ^_^


2. Dragon Ball





Dari kecil hingga dewasa, Son Goku tidak pernah menghampakan. Idea Akira Toriyama ini nyata mencipta impak, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Dragon Ball pasti dikenang komik hebat abad lalu kerana sehingga sekarang, bukunya dicetak berulang kali. Orang yang cukup bertuah adalah orang pertama membeli dan membaca komik ini pada setiap kali keluaran, kemudian menceritakan kepada kawan-kawan yang belum membaca dengan bangganya. Semasa ditayangkan di Tv 2, budak-budak  asrama seperti saya ini, setiap sabtu ahad, jam 9.30 pagi, memang tayangan wajib tonton. Bilik TV penuh sesak,huhu. Memang satu kenangan yang hebat. Ha, ada satu rahsia penting berkaitan Dragon Ball ini...





^_^ Dragon ade 7 biji kesemuanya ...whoawww



3. Shin Chan





Sayalah action kamen ~ Si budak nakal Shin chan merupakan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak seantereo dunia. Kemunculannya mendapat tentangan hebat di Jepun, tempat lahirnya si Shin chan. Tetapi wataknya yang nyata mencuit hati majoriti yang melihat telatahnya sememangnya menghiburkan. Anime ini juga memenangi anugerah sebagai anime terbaik Jepun kerana memaparkan kehidupan sebenar kanak-kanak Jepun, huhu. Apapapun, Shin chan tetap sempoi, biarpun Hagemaru cuba mencelah dengan perangai peliknya, apatah lagi dituruti oleh Fukuchan dan Asarichan, hahaha.




4. Pokemon





Pika pika ~ Watak comel haiwan ini yang menimbulkan fenomena di kalangan si kecil Malaysia. Adaptasi dari kebanyakkan haiwan di dunia, ditambah perlawanan diantara haiwan-haiwan yang unik, bukan sahaja membuat kanak-kanak suka menonton ceritanya, malah pikachu digunakan untuk menjadi trademark bersaing dengan super model yang hebat, siapa lagi kalau bukan “Hello Kitty”. Walaupun angin bertiup kencang mengatakan bahawa anime ini adalah agenda tersembunyi Yahudi, namun aku dapati itu hanya khabar angin semata, malah menulis asal Pokemon sendiri menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.


5. Beyblade




Baru cakap pasal Beyblade, huhu. Ya, anime ini memang cukup-cukup meletup pada zamannya. Siapa yang tidak ada beyblade pada zaman itu, kira aib la. Selain Beyblade yang asal, terdapat juga dijual assesori tambahan untuk ‘menguatkan’ beyblade kita. Anime ini memang cukup gempak. Selepas anime ini habis, Crush Gear pula mengambil alih. Namun saya dapat lihat yang Crush Gear tidak mampu untuk menyaingi Beyblade dari segi pengaruhnya.



6. Dash! Yonkuro



Dash Yankuro? Mungkin tidaklah terkenal sangat, tapi apa impaknya? Bukan alang-alang, siap ada pertandingan lagi. Inilah kartun mengenai lumba kereta, yang kereta macam F1 tu. Banyak juga kawan-kawan saya pada zaman tua-tua dulu membeli mainan ni. Waktu rehat pula, bukan masa makan, tapi masa berlumba kereta, lumba dalam longkang. Dari kartun ini juga timbul kartun lain di Malaysia beteraskan konsep permainan seperti Beyblade, Crush Gear, Yogi Oh!, dan macam-macam lagi.


7. Naruto



Ya, sekarang ini adalah zaman Naruto. Berkisah tentang seorang watak ninja yang di dalamnya ada musang berekor sembilan (macam drama Korea - My Girlfried Is Gumiho, huhu). Memang cerita ini diambil daripada mitos musang berekor Sembilan itu. Kini, masih ditayangkan, dan menghampiri penamatnya. Kesannya? Anime ini telah berjaya mengembalikan semula kegemilangan  anime-anime Jepun. Ya, selain Naruto, jangan lupakan pula Bleach dan One Piece.


petikan ini diambil dari http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/01/7-anime-jepun-yang-paling-berpengaruh.html


















No comments:

Post a Comment

^_^ Vrom..Vrom...Ruang Conteng-conteng ^_^ :