Saturday, 13 December 2014

Bangsa Jepun berbangga dengan Bahasa mereka sendiri

Maju Dengan bahasa ibunda



Negara China, Korea dan Jepun sangat mementingkan bahasa mereka..Tiga negara ini menjadi peneraju ekonomi Asia. Rakyat negara mereka sangat mementingkan bahasa ibunda mereka. Sama ada dalam pekerjaan atau pembelajaran. Tetapi mereka tetap bijak dan negara mereka tetap maju menggunakan bahasa ibunda mereka.

Walaupun ada penggunaan bahasa Inggeris, tetapi penggunaannya tidaklah meluas dan menjadi syarat perlu untuk sektor pekerjaan dan pendidikan seperti di Malaysia. Malah mereka tak malu sebab tak tahu berbahasa inggeris.

Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara atau penghubung utama sesama manusia di dunia. Itulah kelebihan bahasa Inggeris. Tetapi bukan pengukur kepada kejayaan seseorang juga sesebuah negara.

Rahsia Kemajuan dan Kejayaan Orang Jepun juga mereka tidak malu untuk bercakap dengan bahasa mereka sendiri secara bangga.




No comments:

Post a Comment

^_^ Vrom..Vrom...Ruang Conteng-conteng ^_^ :