Thursday, 4 December 2014

Kenali Doremon ^_^

Dalam entry saya pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca yang mengunjungi blog saya tentang Doremon (robot kucing).  Mungkin anda semua sudah sedia maklum tentang kartun Doremon yang amat popular dalam kalangan kanak-kanak..tidak kurang juga orang dewasa pada masa kini. Tapi pada entry saya pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam tentang robot kucing (doremon) yang comel ini ^_^

>saya harap anda2 semua enjoy dengan penulisan di dalam entry saya pada kali ini<
wink2^_^


Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio 藤子·F·不二雄) (nama asalHiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi ( てんとう虫) (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.




>Doremon suka makan dorayaki<yang mama Nobita bagi tu..

Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu ( 手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

JOM KENAL2 DENGAN WATAK DALAM CERITA DOREMON

Watak utama = Doraemon (ドラえもん)
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan di kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada namaHoriemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.




2. Nobita Nobi (
野比 のび太 Nobi Nobita)
Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Dia adalah anak tunggal kepada Nobisuke(
野比 のび助) dan Tamako ( 野比 玉子) Nobi dan seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi gurunya, dibuli Giant dan Suneo, dan dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasannya. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.




源 静香 Minamoto Shizuka)
Shizuka adalah seorang gadis yang sebaya Nobita dan seorang murid yang bijak dan baik hati, yang menjadikannya tarikan kepada Nobita. Nobita terpaksa berebut perhatian Shizuka dengan Dekisugi, seorang budak lelaki yang secerdik Shizuka dan sering memperoleh markah 100% dalam ujian. Shizuka juga kerap mandi, maka terdapat juga adegan Nobita terserempak dengan Shizuka yang sedang mandi secara tidak sengaja.



剛田 武 Gouda Takeshi)
Turut dikenali sebagai Gakidaisho (ガキ大将)-membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Sungguhpun sering berkelakuan kasar, Giant amat menyayangi adik perempuannya, Jaiko (ジャイ子) yang bercita-cita menjadi seorang mangaka (pelukis komik).




骨川 スネ夫 Honekawa Suneo) (dieja Sinyu dalam sesetengah terjemahan)
Suneo atau Sinyu seorang budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawan. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat bencikan Giant, maka sebab dia membantu Giant membuli Nobita adalah semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahal di depan kawan-kawan. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu (スネツグ) yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York.




Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Dorami (ドラミちゃん Dorami-chan)
Dorami atau Doralin dalam sesetengah terjemahan merupakan robot berbentuk kucing yang juga merupakan "adik perempuan" kepada Doraemon dari abad ke-22, yang kadang-kala balik ke zaman silam untuk mengunjungi Nobita dan Doraemon.




Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.




出木杉 英才Dekisugi Hidetoshi)
Dialah rakan sekelas Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka.



Dalam Poket Doremon


Pada badan Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih ( 道具, dōgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan yang paling asas dan seringkali digunakan kepunyaan Doraemon:

  • Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) - Dipasang di atas kepala untuk terbang di langit.
  • Pintu Suka Hati (どこでもドア dokodemo door) - Membolehkan sesiapa pergi ke mana sahaja yang dihendaki dengan cuma melalui pintu ini.
  • Mesin Cahaya Masa (タイムマシン time machine) - Membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
  • Lampu Pengecil (スモールライト Small light) - Mampu mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahaya kepadanya.


Kenali penyanyi asal lagu tema doremon Satoko Yamano

LIRIK LAGU DOREMON

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu… doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Enjoy >_< Ketahui di sebalik maksud lagu doremon...

10 PERKARA MENARIK TENTANG DOREMON YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM.




1. Apa maksud nama Doraemon?
– Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
– Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
– Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
– Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
– Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
– 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
– Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
– Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
– Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
– Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.


KENALI PELUKIS ASAL KARTUN DOREMON

Fujiko Fujio (藤子 不二雄 Fujiko Fujio), ialah nama pena bagi kartunis duo Jepun (mangaka). Nama asal mereka ialah Hiroshi Fujimoto (藤本 弘 Fujimoto Hiroshi?, 1933–1996) dan Motoo Abiko (安孫子 素雄 Abiko Motoo?, 1934–). Mereka membuat sebuah kumpulan pada tahun 1951, dan menggunakan nama Fujiko Fujio dari tahun 1954 sehingga pada tahun 1987, mereka berpecah, dan dikenali sebagai "Fujiko F. Fujio" (Fujimoto Hiroshi) dan "Fujiko Fujio (A)" (Abiko Motoo). Pada tahun 23 September 1996, Fujimoto Hiroshi telah disahkan meninggal dunia kerana kegagalan hati.


Petikan ini diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Doraemon dan http://ms.wikipedia.org/wiki/Fujiko_Fujio

No comments:

Post a Comment

^_^ Vrom..Vrom...Ruang Conteng-conteng ^_^ :