Saturday, 6 December 2014

Sistem Pendidikan di Jepun




Entry pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang sistem pendidikan di Jepun ^_^

Di 
Jepunpendidikan adalah wajib di peringkat rendah dan menengah rendah. Kebanyakan pelajar menghadiri sekolah awam melalui peringkat menengah rendah, tetapi pendidikan swasta adalah popular di peringkat menengah dan universiti. Sistem pendidikan Jepun memainkan peranan penting dalam pemulihan Jepun dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam dekad yang berikut di akhir Perang Dunia II.

Selepas Perang Dunia Kedua, Undang-undang Asas Pendidikan dan Pendidikan Sekolah Undang-undang telah digubal pada tahun 1947 di bawah arahan daripada pasukan pendudukan. Undang-undang kedua ditakrifkan sistem sekolah yang masih berkuat kuasa hari ini: enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah, tiga tahun sekolah menengah, dua atau empat tahun dalam universiti.

Pendidikan sebelum sekolah rendah disediakan di tadika dan pusat penjagaan harian. Pusat jagaan awam dan swasta mengambil kanak-kanak dari umur di bawah satu sehingga lima tahun. Program-program untuk kanak-kanak berumur 3-5 menyerupai mereka di tadika. Pendekatan pendidikan di tadika amat berbeza dari persekitaran tidak berstruktur yang menekankan peranan ke persekitaran yang sangat berstruktur yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak untuk mendapatkan lulus peperiksaan masuk di sekolah rendah swasta.





Entry pada kali ini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang sistem pendidikan di Jepun. Rupa-rupanya banyak perbezaan sistem pendidikan di negara kita dengan negara Jepun. Mesti akan ada orang kata, " Jepun tuh lain, negara maju" atau " Orang Jepun kaya, boleh sumbang duit macam2" atau lain-lain alasan yang orang kita mungkin kata. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sesuatu dari sistem pendidikan diaorang. Antaranya: 

  1. Cikgu sekolah Jepun takde bawa rotan.
  2. Walaupun ada anak murid yang nakal, cikgu kat sana takde yang marah jerit-jerit atau cakap dengan suara yang kuat. Kebanyakkannya akan tanya anak murid yang nakal, apa akibatnya kalau dia buat camtuh. Jadi dengan sendirinya budak itu akan faham akibat dan ada tanggungjawab sendiri.
  3. Sekolah Jepun menitikberatkan peranan PIBG dengan sekolah. Ibu-bapa mainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, bukan tanggungjawab guru sahaja. Contohnya, PIBG sekolah Jepun akan adakan seminar, kelas macam-macam untuk rapatkan hubungan dengan guru dan anak-anak. 
  4. Ada network di antara ibu-bapa anak-anak yang sama kelas. Sebarang masalah boleh bincang dengan guru kelas.
  5. Guru kelas akan ajar semua subjek untuk kelas itu sahaja. Dengan cara ini, guru kelas akan kenal perangai anak muridnya satu persatu. Setiap tahun, guru kelas akan bertukar.
  6. Sistem sekolah Jepun menitikberatkan kebersihan. Basuh bilik air, lap koridor, sapu sampah keliling sekolah semuanya dilakukan oleh murid darjah 1 hingga 6. Murid tahap 6 akan ajar cara membersihkan bilik air pada murid darjah 1. Setiap 2 minggu, tugas akan bertukar. Setiap murid dapat pengalaman untuk bersihkan kawasan masing-masing.
  7. Ada buku perhubungan diantara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika kelas yang terakhir. 
  8. Anak-anak di ajar untuk tulis diari pada hari itu dan balik tunjuk pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya, ibu bapa tahu apa yang anak-anak belajar untuk hari itu




Enjoy u alls..^_^

No comments:

Post a Comment

^_^ Vrom..Vrom...Ruang Conteng-conteng ^_^ :